Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

:: Ku Titip SeBuAh RinDu, dEmi rAsa syaHdu, meRunGkai seBuAh kaSih, yAng tuLus bErsiH dAn mEmbaWa eRti sEndu ::

Monday, 14 February 2011

Pengertian Maulidur Rasul

12 Rabiulawal Tahun Gajah...bersamaan 23 April 571 Masihi merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ka muka bumi ini. Bermula dari hari itu, cara hidup manusia di dunia berubah dari masyarakat yang kufur menjadi taat kepada hukum-hukum Allah. Jelas kelahiran baginda membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia, mengubah jiwa manusia dari sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan

sebagaimana kelaziman, maulidur rasul atau satu ketika dulu lebih dikenali sebagai maulud nabi, akan disambut pada setiap 12 Rabiulawal di seluruh negara sempena menyambut dan memperingati hari keputeraan Rasullah. Sambutan ini disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah agama, perarakan (?..not sure la…cause I never experience this), berselawat n etc sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang merupakan kekasih Allah.

Dalam firman Allah SWT bermaksud : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sebagai seorang mukmin, Nabi Muhammah SAW adalah merupakan seorang insan yang sememangnya patut dijadikan contoh gaya hidup masa sekarang kerana keperibadian unggul dan budi perkerti yang mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya yang suci dan bersih. Cara kehidupan baginda mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti ibadah, politik, kepimpinan, pendakwah, pejuang, perniagaan, perhubungan kemasyarakatan, dan akhlak.

Melalui maulidur rasul ini, banyak pengertian yang harus kita selami bagi memperingati diri sendiri akan sifat-sifat murni dan teladan yang baik yang harus dicontohi dalam mengerjakan aktiviti seharian kita bermula dari celik mata sehinggalah kita merehatkan diri di malam hari. Pengertian maulidur rasul ini bukan setakat memperingati akan tarikh kelahiran Nabi Muhammad, akan tetapi penjelasan tentang cara hidup dan pemikiran seorang mukmin tidak mengira apa jua status yang dipegang. 




Wednesday, 2 February 2011

Tetamu SenJa ( A. Samad Said )


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said

Friday, 28 January 2011

23th ??? hidup adalah anugerah....

Assalamualaikum....
waaaaa..... lama dah aku tak updet blog ni.
busy ckit.bnyk keja kena kasi satle..




~syukuri apa yang ada....
hidup adalah anugerah....
tetap jalani hidup ini.
...
melakukan yang terbaik....


tahun ni genaplah 23 tahun aku hidup di dunia...
pada 23.01.2011
melihat dunia...
mengharungi pancaroba....


matangkah aku...
bagi aku...
apa yang penting untuk matang adalah fikiranku...
tapi....matang dari segi akhlak juga sangat penting...
kerana...
akhlak menggambarkan dalam dan luar peribadimu...
tak ada manusia yang lahir sempurna....
jadi jangan pernah menyerah....
ALLAH itu ada bersama....

aku ingin menjadi princess...
bleh kah tu???mheeeeee
menjadi princess untuk sang hati...
menjadi princess untuk diri sndiri...

kerana hidup adalah anugerah...
bukan anugerah untuk kita bersuka ria...
bukan anugerah untuk bermegah2.
..

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62


hidup adalah anugerah tapi jangan biar dirimu dipalingkan oleh syaitan musuh yang nyata....
setiap gerak dan langkah haruslah berpada...
yakin dengan dirimu....
berharap pada Yang Satu...
*anugerah hidup hanya sementara...segalanya pasti kembali pada ALLAH....*
manfaatkan anugerah ini dengan sebaiknya...
pasti kita akan bahagia...

Thursday, 13 January 2011

suKa saNgat deNgan kaMu ( SHAWL)

assalamualaikum.....

Entri kali ni aku nak cerita pasal kegilaan aku..( shawl )
mheeeee:p~
pantng nmpk shawl bru aku nak je try..
actuly bfore ni aku tk layan bab2 shawl 
bagi aku pkai shawl lu leceh
bnyk keja kena buat..
nak melilit kcna cni..
kizzy yg ajar aku smua tu..
tQ so much lh kak kizzy ku..heheheeeee

first aku beli je 2 helai..
bru nak try...
last2 pkai...urmmmm mcm slesa plak ni.
dah tu nmpk aku mcm b'style..(perasan)

shawl ok... suda lh tu murah... tp time bila dipragakn
nmpk mcm mhal..( tu lh klebihn shawl)
 saban ari aku pun dah naik gila ngn shawl

but sometimes, ada yang rasa rendah diri bila nak pakai shawl
sebab rasa tak cantik la, tak cun la, tak HOT la, apelaa.
haish kaum Hawa sekalian !
anda sangat cantik kalau pakai ape sekalipun. :)

tapi aku penah dengar la 
pasal ada yang kena kutuk habis ngan 
kawan-kawan sebab buruk bila pakai shawl.
haish tak boleh. tak boleh. 
kalau nak try, go on jela. 
tak baik kutuk-kutuk. kita sendiri sebagai gadis pun boleh 
menilai kan, yang mana okay, yang mana tak.
cermin kan ada, ye tak ?
tak salah kalau nak try. kan ?

firt time mama nmpk aku pkai pun tak minat..
mcm2 mama ckp..
aku tk padan pkai... aku tak ssuai pkai
pipi aku nmpk tembam
heehehehee.... but now mama dh bleh trima aku pkai.
cun apa....!!!!!!!!!!

ni lah shawl aku..
tk prsan bnyk ni dah aku kumpl..
iskk...iskkk..iskkk....
akak aku ckp bleh jual suda ni..
hntr g bandel..
ahahaahahahaa...




Monday, 10 January 2011

Ana RaFFaLi...ToLoNg InGatKaN aKu

Congratulations Ana Raffali kerana 
mencul Juara AJL ke 25..

pagi td masa tgh kemas-kemas ruang tamu sambil dgr 
hotfm am crew melalui channel  tv8 secara live..
FBI n FF  bertanya apa maksud lagu T.I.A nie....
kepada ana raffali
- Ana menjawab : sebenarnya T.I.A adalah sebuah puisi yang 
dihasilkan olehnya 
untuk mengingatkan diri nya apabila didalam 
kekecawaan, sedih, sakit hati or dibelenggu masalah....
dia perlu ingatkan kembali saat manis supaya dapat melupakan 
masalah yang dihadapi...
(lebih kurang macam tu la apa yang aku dgr... 
ada spa2 yg dngr tdi pgi??? kalau salah tolong gtau erk..)


aku setuju dng kata ana tu....
insyallah, itu cara yg terbaik utk merawat hati yang lara...
lepas nie sapa2 ada masalah ikut lah apa yang ana sarankan seperti dalam lirik T.I.A nie...


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Thursday, 6 January 2011

aKu amaT pErlukan Kalian


assalamualaikum..
bagi salam, wajib jawab tau! :)


urmmmm entri kali ni aku nak crita disebalik kotak merah yang sangat berharga bagi diriku ini.
mheeeeeeeee.... 
apakh sbenarnya dsebalik kotak merah yang cute muit ni.....???????


yang aku nak cerita sebenarnya pasal aku dan make up.
apakah?
saja laaa, aku nak share cerita. boleh kan? kan? hehe.
aku ini hanya laa gadis biasa, belum wanita.
tak reti nak make up ni, bergaya pun tak sangat.
apa yang aku selesa aku pakai je la.
kadang selekeh di mata orang, tapi asalkan di mata aku tak. haha.
satu lagi, aku tak suka lebih tertonjol dari orang. mungkin self confident ni belum tinggi ;p
ni lah collection make up aku.. 

actuly make-up aku semuanya jenama in2it.. 
tak mahal mna pun..aku beli ikut kemampuan..
tepingin je nk beli yg bodyshop but money tk mcukupi.
gaji aku tuttt..brpa je..
so ukur baju dibadan sndiri
mheeeeeeee.....


- powder Foundation
- Blusher
- eye liner
- lipstik
- eye shadow
- mascra


yang ni plak make up yang bukan dari keluaran in2it.
- blusher silkygirl
- eye accento
- lintik mulu mata

kekasih hati aku tu tak suka aku tajap2 make-up ni.. 
dia paling tak suka kadang ckp org pkai make up ni over sngt
pas tu mcm badut.. wuiiii agak2..heheeee
but aku pnya alsan yang kukuh tuk guna smua ni..
ckp kat dia aku kn dah d alam pkerjaan so kena lh bseri ckit
dan nmpk brhias.. tk kot nak g ofice dgn muka yg pucat je..
kan tak elok..
mheeeeeee...akhirnya alasan aku dia trima but dia pesan.
ingat!!!!!!!! klu bmake up tu jngn lh over sngt.
mheeee...:p~

but sbenarnyaa .. rupaa kitaa memang dah cantik .. kalu pakai banyak sangat makeup .. org tak nampak ketulenan mukaa kita yg diciptakan oleh tuhan ;) ... 
hhehehehhee....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...