Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

:: Ku Titip SeBuAh RinDu, dEmi rAsa syaHdu, meRunGkai seBuAh kaSih, yAng tuLus bErsiH dAn mEmbaWa eRti sEndu ::

Monday 14 February 2011

Pengertian Maulidur Rasul

12 Rabiulawal Tahun Gajah...bersamaan 23 April 571 Masihi merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ka muka bumi ini. Bermula dari hari itu, cara hidup manusia di dunia berubah dari masyarakat yang kufur menjadi taat kepada hukum-hukum Allah. Jelas kelahiran baginda membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia, mengubah jiwa manusia dari sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan

sebagaimana kelaziman, maulidur rasul atau satu ketika dulu lebih dikenali sebagai maulud nabi, akan disambut pada setiap 12 Rabiulawal di seluruh negara sempena menyambut dan memperingati hari keputeraan Rasullah. Sambutan ini disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah agama, perarakan (?..not sure la…cause I never experience this), berselawat n etc sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang merupakan kekasih Allah.

Dalam firman Allah SWT bermaksud : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sebagai seorang mukmin, Nabi Muhammah SAW adalah merupakan seorang insan yang sememangnya patut dijadikan contoh gaya hidup masa sekarang kerana keperibadian unggul dan budi perkerti yang mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya yang suci dan bersih. Cara kehidupan baginda mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti ibadah, politik, kepimpinan, pendakwah, pejuang, perniagaan, perhubungan kemasyarakatan, dan akhlak.

Melalui maulidur rasul ini, banyak pengertian yang harus kita selami bagi memperingati diri sendiri akan sifat-sifat murni dan teladan yang baik yang harus dicontohi dalam mengerjakan aktiviti seharian kita bermula dari celik mata sehinggalah kita merehatkan diri di malam hari. Pengertian maulidur rasul ini bukan setakat memperingati akan tarikh kelahiran Nabi Muhammad, akan tetapi penjelasan tentang cara hidup dan pemikiran seorang mukmin tidak mengira apa jua status yang dipegang. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...