Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

:: Ku Titip SeBuAh RinDu, dEmi rAsa syaHdu, meRunGkai seBuAh kaSih, yAng tuLus bErsiH dAn mEmbaWa eRti sEndu ::

Friday 22 July 2011

♥●•٠·˙Erti Sebuah Kesetiaan ˙·٠•●♥

♥ Sekadar Renungan Bersama 


Burung betina ini terkapar tak berdaya
kerana dilanggar kereta di salah satu jalan raya
 kerana terbang terlalu rendah.
Dia meminta pertolongan dan berharap sang jantan boleh menolongnya.




Sang jantan berusaha menolong,
tetapi dia tidak boleh berbuat banyak.
Pertolongan yang boleh diberikan hanyalah
memberikan makanan dan minuman.
Beberapa kali dengan penuh cinta,
sang jantan membawakan kekasihnya makanan dan minuman
dari mulutnya.




Lagi, ia membawakan makanan
tetapi si betina sudah tidak memberi respon,
kepalanya terkulai dan matanya terpejam.
Jantan itu cuba mengerakkan tubuh pasangan 
untuk memastikan apa yang terjadi ....
dan "Innaalillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"
sang jantan sangat sedih kerana
kekasihnya sudah tidak bernyawa.


Sedar bahawa belahan hatinya telah tiada
dan tak akan kembali,
ia berkicau keras meratapi
pemergian pasangannya
dan tidak percaya akan apa yang telah terjadi
dan menyesali dirinya yang
tidak dapat berbuat banyak menolong sang kekasih.



Setelah sang kekasih meninggal
dia tidak dapat berbuat banyak,
kerana tidak dapat menguburkan.
Sang jantan dengan penuh kesetiaan
hanya menunggu jasad sang kekasih
dalam masa yang lama.

*****************************************************
Patut Kita contoh kesetiaan dari sang burung itu,,
subhanallah,, begitu mulia Kasih sayang sang Maha Pencipta
Cinta kpd setiap makhluk cipataannya .^__*

Thursday 21 July 2011

special gift from him..

HAPPY ANNIVERSARY KE-6
ROSLI ♥ LINA


 happy anniversary yg ke - 6..
wahlah 2 month dh pn brlalu kn..heheehee
macam tak pcaya kn..
pejam celik..
pejam celik...
6 tahun dah kita brsama...
hope hubngn kita smpai ke mahligai yang setiap couple impikan...
sayang abg ketat ketat..

gift special dari dia..
saya lom bgi lgi...
tngu ye.. coming soon... 
lebih spical dri yg d'inginkn..
eeheheeee....








snap pict guna Sony Ericsson XPERIA8 


tQ so much awk...
sngt2 happy dng gift ni..
sngt2 suka....
huuuuuuu.............










Wednesday 20 July 2011

m0od haPpy..

Assalamualaikum...

hari ni mo0d happy sangat..
tak sabar nak tengok gift spcial utk sy 
sempena happy anniversary yg ke - 6 kami..
waaaaaaaa.... today my gift sampai.. 
tQ my lovely gF ifa nama dia..
coz sudi bwa kiriman barang utk sy 
from Kuala Lumpur to Semporna Sabah
jauhhh banar kn hadiah sy dikirim.. 
almaklum lh my buah hati jauh....
kami tepisah diantara laut cina selatan..
s0 tak yah lh susah2 my bF send by POS LAJU.. 
yg tak laju tu,
mheeeeeee.....


cepat lh mlm.. tak sabar banar dah ni..
adusssssssss............

Sunday 17 July 2011

Teka-teki Imam Al- Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ' 

Friday 15 July 2011

- tirai semalam -

menyingkap tirai silam
ku terasa
rindu dan dendam
terdengar bisikan mu

merdu mendayu
senandung syahdu
dalam gelombang rasa
gelisah cinta

sehari tak bersua
bagaikan setahun
terpenjara
segera ku turunkan

tirai cinta
melupakannya
kerana lakonanmu
menghiris hati

menyiksa diri
ternyata bukan mudah
mengawal resah
melawan perasaan

cinta sejati dalam diri
namun
terpaksa jua
kutelan sisa pahit

asmara
kerana
kenyataannya
ini bukan sepotong mimpi
yang sepi

Tuesday 12 July 2011

kaLau Lah....


Kalau lah dunia ini boleh meminjamkan aku kuasa,
Aku nak kau tau, aku sayang kau
Kalau lah awan beri aku pinjam bentuknya,
Aku nak kau tau, aku sayang kau
Kalau lah angin beri pinjam bayunya,
Aku nak kau tahu, aku sayng kau

Kalau lah laut beri aku pinjam ombaknya,
Aku nak kau tau, aku sayang kau
Tapi aku tak ada kuasa
Aku tak bleh mengukir awan
Aku tak dapat mengikut bayu
Aku tak boleh menderu ombak
Jadi aku tak dapat bagitau kau
Aku sayang kau

Kalau lah dalam dunia ini
Aku harus memlilih hati
Hati kau yang akan aku pilih
Diri kau yang aku akn jaga
Rajuk kau yang akan aku pujuk

Sebab aku sayang kau
Aku insan yang lemah
Kerdil dan tak terdaya
Aku hanya boleh menitip rasa cinta di dalam angan-angan
Aku hanya boleh merayu memujuk dalam impian

Aku tak boleh berdepan dengan kenyataan
Aku tak boleh berdepan dalam satu pandangan
Aku tak boleh meluah segala perasaan
Kerana??????
Aku adalah WANITA !!!!!!


Monday 11 July 2011

- Jodoh itu rahsia ALLAH -

Assalammualaikum semua..


Today entry is about Jodoh Itu Rahsia ALLAH :) 
 Ya, JODOH :) Kau rasa kau da jumpa jodoh kau tak? 
Kalau da jumpa, kau rasa-rasa, betul tak pilihan kau? 
Lebih cepumas lagi soalan, 
kau betul-betul yakin ke dia jodoh kau? 

Macam saya cakap, 
jodoh itu rahsia ALLAH. Sejak azali lagi, 
sudah ditetapkan setiap dari kita akan mempunyai 
pasangan masing-masing. 
Baik Adam akan berdamping dengan Hawa 
ataupun Hawa akan berdamping dengan Adam. 
Semuanya telah tertulis. 
saya yakin, korang mesti pernah dengar, 
3 benda yang telah tertulis sejak azali 
sebaik sahaja kau muncul di dunia ini. 
Ajal maut, rezeki dan jodoh. Ingat 3 benda ni. 
Ajal maut, rezeki dan jodoh :) 

Sentiasa ingat, janji ALLAH itu adalah pasti. 
3 benda yang saya cakap tadi ialah janji ALLAH 
kepada setiap hamba-Nya. Ya, janji ALLAH. 
Satu-satunya janji yang tidak akan sesekali dimungkiri. 
Satu-satunye janji yang boleh dipercayai. 
Satu-satunya janji yang bila dah ditunaikan, 
tak boleh korang sesali lagi :') 
Cuma antara cepat dan lambat sahaja. 
ALLAH tetap akan tunaikan. 
Itu janji DIA. 

Ada orang cakap, 
bila kita jumpa jodoh kita yang sebenar 
(jodoh yang ALLAH da tetapkan sejak azali), 
kita akan berdebar-debar. 
Maksud saya, kau berdebar-debar lepas tu kau jumpa dia. 
Setiap kali berdebar-debar, kau mesti jumpe dia. 
Saya rasa macam betul TETAPI macamana pula kalau 
orang yang kau berdebar-debar tu BUKAN boyfriend/girlfriend korang? 
NAH! This is cannot. Haha. 
Sebab tu, JODOH ITU RAHSIA ALLAH
Kau mana tahu. Belum tentu kau bercinta bagai nak rak, 
dia la jodoh kau. 
Entah entah orang yang kau benci sangat, 
yang kau jahi sangat, jadi suami/isteri kau nanti? 
Nganga sekarang (^O^) . 
Buat korang yang da berpunya, 
doa doa la supaya hubungan korang berkekalan. 
Doa doa la supaya dia la jodoh kau sejak azali tu :) 
Dan buat korang yang belum berpunya pula, 
doa doa la supaya jodoh kau sejak azali tu cepat sampai. InsyALLAH :) 





Pray is an amazing exchange. You handover your worries to ALLAH, ALLAH handover his blessings to you. Just keep praying :') 


Jadi, teruskan berdoa. Jangan putus asa. Usaha, doa dan tawakkal :)

Sekiranya telah ditetapkan dia ialah jodoh kamu, biar apa pun yang berlaku, biar jauh mana pun kamu terpisah, akan ada sesuatu yang berlaku dan sesuatu itulah yang akan menyatukan kamu berdua. Sebaliknya, sekiranya telah ditetapkan dia bukan jodoh kamu, biar lama mana pun kamu bercinta, biar tinggi mana pun kamu berusaha, akan ada sesuatu yang berlaku dan sesuatu itulah yang akan memisahkan kamu berduaSesungguhnya, ALLAH itu Maha Mengetahui.


Touching jap :') Jadi, ingatlah. Just keep praying! InsyALLAH, you find your way :) 

Friday 1 July 2011

pErLu kaH menCari yaNg sEmpuRna?????

Bila bercerita tentang mencari yang sempurna
hadirkah manusia yang sempurna di atas muka bumi ini?
Wujudkah? Yang sempurna dari zahir dan batinnya...

Hairan...!!!! 
mengapa manusia selalu mencari yang sempurna pada zahirnya,
fizikalnya.. Bagaimana pula dengan dalamannya?? 
Tidak pentingkah hati budi sesorang itu???
Aset fizikal menjadi keutamaan,
aset dalaman merupakan perkara yang kedua..
Tidak adil bukan??? kejujuran dan kesetiaan itu rasa lebih utama..
Tetap kadangkala, ianya hanya dipandang sebelah mata..

Contoh 

LELAKI : " Aku tak nak yang gemuk.. nak yang sLim"

PEREMPUAN : " Aku nak yang tough, tak nak yag kedil "

LELAKI : " Aku nak yag Lawa, Comel & ayu "

PEREMPUAN : Aku nak yang hensem & kacak "

Pabila sudah punyai sesorang di hati, 
dan mereka ini seorang yang setia, jujur dan sebagainya, kemudiannya ditinggalkan terkontang kanting 
seperti pokok kecil yang padah dahannya.. 
Kenapa ditinggalkan?? 
Sebab mencari yang lebih sempurna 
Dan akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikedong berciciran.
Semuanya hanyalah DEMAND semata-mata

Kasihan si setia, kasihan si jujur..
Ini yang mereka perlu tempuhi.
TIDAK ADIL 
mainan hati dan perasaan ini sukar untuk ditempuhi
Sepatutnya kita perlu menerima kekurangan masing-masing
Janganlah bersikap kejam dengan hanya melihat luaran semata-mata
Kelak, penyesalan itu tiada gunanya..
Waktu itu, baru kita tahu yang mata kaca, yang mata permata..

If you think yourself are perfect, 
remember we are nothing compared to God
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...