Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

:: Ku Titip SeBuAh RinDu, dEmi rAsa syaHdu, meRunGkai seBuAh kaSih, yAng tuLus bErsiH dAn mEmbaWa eRti sEndu ::

Monday, 21 March 2011

Cinta N0Bita ♥ SizuKa

Sizuka : saya takut laa.."
Nobita : Awak jangan takut...saya ada.."


~ Bersama dalam apa jua keadaan ~


Sizuka: Nobita..awak di mana..?"


Nobita: Sizuka...saya di sini..^^"


~ psst...I Love u..! ~





Warna-Warna CiNta...


Di sebalik warna-warna cinta
Menjadi rahsia dengan rela diterima dari mula
Perasaan bagai dulu tidak kan berubah
Walau arus kian deras, menghampiri makin terasa

Kala samar nan kelabu
Terhenti nafas tika mimpi
Andai terang di dalam hati ini
Detik dan ketika ku hayati

Kau hadirlah di sini
Temani rindu bersama
Walau gerimis tiada henti
Menitis di dalam hati

Kau carilah sendiri
Di mana hatiku sembunyi
Atau awan tak bercerita
Di sisi pelangi pagi

Wednesday, 9 March 2011

♥ 13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta ♥

****************************

 Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya 
 Anda akan sentiasa merindui dia 
 Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan 
 Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya 
 Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas 
 Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab 
 Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang 
 Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada 
 Dia sentiasa di fikiran anda 
 Anda akan sentiasa terhidu baunya 
 Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia 
♥ Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya 
 Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda 

*****************************





Tuesday, 8 March 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia 2011


Hari ini 8 Mac 2011 merupakan Hari Wanita Sedunia
Hari Wanita Sedunia yang ke - 100 tahun...

'WANITA' telah di muliakan oleh Rasuluallah sebanyak 3 kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke-4 barulah kaum adam.
WANITA juga dimuliakan dengan kata-kata 'Syurga dibawah telapak kaki Ibu'. Selain itu title syahid juga diberikan kepada Ibu yang meninggal ketika bersalin. Tanpa WANITA atau Ibu, siapaKAH kita atau siapaLAH kita


INDAH WANITA
Wanita
indahmu secerah pawana
seri seteguh intan
selembut sutera
sedingin salju
menyejuk ammarah.

Wanita
dirimu bak mutiara
andai maruah dibelai
nafsu ditunduk
menangkis cela
teguh memagar laman
mewangi kelopak semerbak kasturi
mengundang kumbang sejati
terbina singgahsana iman
dihias mahligai taqwa
menggapai reda
Pemilik Agung Insani.

Monday, 14 February 2011

Pengertian Maulidur Rasul

12 Rabiulawal Tahun Gajah...bersamaan 23 April 571 Masihi merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ka muka bumi ini. Bermula dari hari itu, cara hidup manusia di dunia berubah dari masyarakat yang kufur menjadi taat kepada hukum-hukum Allah. Jelas kelahiran baginda membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia, mengubah jiwa manusia dari sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan

sebagaimana kelaziman, maulidur rasul atau satu ketika dulu lebih dikenali sebagai maulud nabi, akan disambut pada setiap 12 Rabiulawal di seluruh negara sempena menyambut dan memperingati hari keputeraan Rasullah. Sambutan ini disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah agama, perarakan (?..not sure la…cause I never experience this), berselawat n etc sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang merupakan kekasih Allah.

Dalam firman Allah SWT bermaksud : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sebagai seorang mukmin, Nabi Muhammah SAW adalah merupakan seorang insan yang sememangnya patut dijadikan contoh gaya hidup masa sekarang kerana keperibadian unggul dan budi perkerti yang mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya yang suci dan bersih. Cara kehidupan baginda mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti ibadah, politik, kepimpinan, pendakwah, pejuang, perniagaan, perhubungan kemasyarakatan, dan akhlak.

Melalui maulidur rasul ini, banyak pengertian yang harus kita selami bagi memperingati diri sendiri akan sifat-sifat murni dan teladan yang baik yang harus dicontohi dalam mengerjakan aktiviti seharian kita bermula dari celik mata sehinggalah kita merehatkan diri di malam hari. Pengertian maulidur rasul ini bukan setakat memperingati akan tarikh kelahiran Nabi Muhammad, akan tetapi penjelasan tentang cara hidup dan pemikiran seorang mukmin tidak mengira apa jua status yang dipegang. 




Wednesday, 2 February 2011

Tetamu SenJa ( A. Samad Said )


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...