bila tanganmu berkeringat, hatimu dag-dig-dug
suaramu bagai tersangkut dikerongkong
itu bukan CINTA tapi SUKA
bila tanganmu tak boleh berhenti memegang dan menyentuhnya
itu bukan CINTA tapi BIRAHI
bila kamu menginginkannya kerana tau ia akan selalu ada disampingmu
itu bukan CINTA tapi KESEPIAN
bila kamu menerima pernyataan cintanya kerana kamu tak mahu menyakiti hatinya
itu bukan CINTA tapi KASIHAN
bila kamu mahu memberikan semua yang kamu suka demi dia
itu bukan CINTA tapi KEMURAHAN HATI
bila kamu bangga dan ingin mempamerkannya kepada semua orang
itu bukan CINTA tapi KEJUJURAN
ketika kamu mencintainya
ketika kamu melakukan semua untuknya tanpa berharap lebih….
ketika kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dari kepribadiannya
ketika kamu rela memberikan hatimu, kehidupanmu, bahkan kematianmu
ketika kamu menangis bila dia sedih, dan berbunga ketika dia bahagia
ketika kamu menangis untuk kesedihannya walaupun dia cukup kuat untuk menghadapinya
ketika kamu tertarik pada orang lain tapi kamu masih setia padanya
ketika kamu merelakannya dengan senyum kerana kebahagiaannya tidak bersamamu
itulah rasa CINTA yang sesungguhnya…..
p/s ; manakah kalian rasa saat ini?????
No comments:
Post a Comment