Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

:: Ku Titip SeBuAh RinDu, dEmi rAsa syaHdu, meRunGkai seBuAh kaSih, yAng tuLus bErsiH dAn mEmbaWa eRti sEndu ::

Monday 11 July 2011

- Jodoh itu rahsia ALLAH -

Assalammualaikum semua..


Today entry is about Jodoh Itu Rahsia ALLAH :) 
 Ya, JODOH :) Kau rasa kau da jumpa jodoh kau tak? 
Kalau da jumpa, kau rasa-rasa, betul tak pilihan kau? 
Lebih cepumas lagi soalan, 
kau betul-betul yakin ke dia jodoh kau? 

Macam saya cakap, 
jodoh itu rahsia ALLAH. Sejak azali lagi, 
sudah ditetapkan setiap dari kita akan mempunyai 
pasangan masing-masing. 
Baik Adam akan berdamping dengan Hawa 
ataupun Hawa akan berdamping dengan Adam. 
Semuanya telah tertulis. 
saya yakin, korang mesti pernah dengar, 
3 benda yang telah tertulis sejak azali 
sebaik sahaja kau muncul di dunia ini. 
Ajal maut, rezeki dan jodoh. Ingat 3 benda ni. 
Ajal maut, rezeki dan jodoh :) 

Sentiasa ingat, janji ALLAH itu adalah pasti. 
3 benda yang saya cakap tadi ialah janji ALLAH 
kepada setiap hamba-Nya. Ya, janji ALLAH. 
Satu-satunya janji yang tidak akan sesekali dimungkiri. 
Satu-satunye janji yang boleh dipercayai. 
Satu-satunya janji yang bila dah ditunaikan, 
tak boleh korang sesali lagi :') 
Cuma antara cepat dan lambat sahaja. 
ALLAH tetap akan tunaikan. 
Itu janji DIA. 

Ada orang cakap, 
bila kita jumpa jodoh kita yang sebenar 
(jodoh yang ALLAH da tetapkan sejak azali), 
kita akan berdebar-debar. 
Maksud saya, kau berdebar-debar lepas tu kau jumpa dia. 
Setiap kali berdebar-debar, kau mesti jumpe dia. 
Saya rasa macam betul TETAPI macamana pula kalau 
orang yang kau berdebar-debar tu BUKAN boyfriend/girlfriend korang? 
NAH! This is cannot. Haha. 
Sebab tu, JODOH ITU RAHSIA ALLAH
Kau mana tahu. Belum tentu kau bercinta bagai nak rak, 
dia la jodoh kau. 
Entah entah orang yang kau benci sangat, 
yang kau jahi sangat, jadi suami/isteri kau nanti? 
Nganga sekarang (^O^) . 
Buat korang yang da berpunya, 
doa doa la supaya hubungan korang berkekalan. 
Doa doa la supaya dia la jodoh kau sejak azali tu :) 
Dan buat korang yang belum berpunya pula, 
doa doa la supaya jodoh kau sejak azali tu cepat sampai. InsyALLAH :) 





Pray is an amazing exchange. You handover your worries to ALLAH, ALLAH handover his blessings to you. Just keep praying :') 


Jadi, teruskan berdoa. Jangan putus asa. Usaha, doa dan tawakkal :)

Sekiranya telah ditetapkan dia ialah jodoh kamu, biar apa pun yang berlaku, biar jauh mana pun kamu terpisah, akan ada sesuatu yang berlaku dan sesuatu itulah yang akan menyatukan kamu berdua. Sebaliknya, sekiranya telah ditetapkan dia bukan jodoh kamu, biar lama mana pun kamu bercinta, biar tinggi mana pun kamu berusaha, akan ada sesuatu yang berlaku dan sesuatu itulah yang akan memisahkan kamu berduaSesungguhnya, ALLAH itu Maha Mengetahui.


Touching jap :') Jadi, ingatlah. Just keep praying! InsyALLAH, you find your way :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...